Friday, 6 July 2012

nota sains tingkatan 4 (bab 2)




1. KOORDINASI BADAN

Koordinasi badan menyelaras aktiviti sistem-sistem dan organ-organ Koordinasi badan terdiri dari koordinasi saraf dan koordinasi kimia. Koordinasi badan penting supaya setiap anggota badan dapat berfungsi secara bersepadu.

2. SISTEM SARAF KITA

Sistem saraf kita berbahagi kepada 2 bahagian iaitu sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi.
SISTEM SARAFKOMPONEN DAN FUNGSINYA
SISTEM SARAF PUSAT1. OTAK - berfungsi sebagai pusat mentafsir maklumat.
2. SARAF TUNJANG - menyambungkan otak dengan saraf periferi dan juga sebagai pusat kawalan tindakan refleks.
SISTEM SARAF PERIFERI1. SARAF KRANIUM - menyambungkan otak dengan anggota di kepala seperti mata.
2. SARAF SPINA - menyambungkan bahagian lain dalam badan dengan saraf tunjang.

Sistem saraf kita terbentuk dari rangkaian neuron-neuron. Neuron ialah sel saraf yang merupakan asas kepada sistem saraf yang berfungsi membawa impuls. Terdapat 3 jenis neuron. Neuron deria, neuron perantaraan dan neuron motor. Fungsi setiap neuron adalah seperti berikut :-
NEURONFUNGSINYA
DERIAMenerima ransangan, menjana impuls dan seterusnya menghantar impuls itu ke neuron perantaraan.
PERANTARAANMenerima impuls dari neuron deria dan menghantarnya ke neuron motor
MOTORMenerima impuls dari neuron perantaraan dan menghantar ke otot untuk gerak balas.

Bahagian-bahagian dalam neuron pula mempunyai fungsi seperti dibawah :-
BAHAGIAN NEURONFUNGSI
BADAN SELBahagian yang menempatkan nukleus dan berfungsi sebagai pusat aktiviti sel
AKSONMembawa impuls keluar dari badan sel
DENDRONMembawa impuls masuk ke dalam badan sel
SALUT MEILINMelindungi akson dan dendron
SINAPSRuang khas diantara neuron-neuron yang membenarkan impuls mengalir dalam satu arah sahaja
RESEPTORStruktur khas pada neuron deria ini menjana impuls apabila ia menerima ransangan
EFEKTORStruktur khas pada neuron motor ini menerima impuls dari sistem saraf pusat dan melakukan gerak balas
Sistem saraf manusia adalah istimewa. Kadang-kadang kita boleh bergerak balas dengan cepat dan otomatik apabila kita menerima ransangan yang mungkin memudaratkan kita. Gerak balas yang berlaku dengan cepat dan tanpa berfikir ini disebut sebagai "tindakan refleks". Tindakan refleks tidak melibatkan otak tetapi pergerakan impuls hanya melalui saraf tunjang sahaja. Contohnya apabila kita tersentuh sterika panas, gerak balas menarik tangan dengan cepat merupakan tindakan refleks. Tindakan ini memastikan badan kita tidak tercedera dengan teruk. Pergerakan impuls(maklumat) semasa tindakan refleks disebut "arka refleks"ialah :

Reseptor-->Neuron deria-->sinaps-->Neuron perantaraan-->Sinaps-->Neuron Motor-->Efektor


Ada sejenis tindakan refleks istimewa iaitu "Sentakan Lutut", arka refleknya TIDAK melibatkan neuron perantaraan.
Selain daripada reseptor biasa yang ditemui pada organ deria kita, para saintis telah mengenal pasti sejenis reseptor pada otot-otot dan tendon yang terlibat dengan pergerakan badan apabila kita melakukan aktiviti tanpa penglihatan. Reseptor ini disebur "reseptor regang". Reseptor regang terlibat secara langsung dalam Deria Kinestesis yang juga berfungsi mengimbangkan badan dan membolehkan seseorang mengkoordinasikan badan dalam keadaan gelap.

3. OTAK KITA

Selain dari neuron-neuron, otak adalah bahagian yang terpenting dalam sistem saraf kita. Otak merupakan pusat kawalan semua aktiviti badan. Mari kita belajar mengenali otak.



Otak terdiri daripada 3 bahagian :-

a. SEREBRUM - mengawal deria dan tindakan terkawal.
b. SEREBELUM - mengawal keseimbangan badan.
c. MEDULA OBLONGATA - mengawal tindakan luar kawal seperti pergerakan jantung.

Tindakan terkawal dikawal oleh serebrum. Contoh tindakan terkawal ialah membaca, menunggang basikal dan menyanyi.

Tindakan luar kawal pula dikawal oleh medula oblongata. contoh tindakan luar kawal ialah degupan jantung, pergerakan usus ["peristalsis"] dan kadar pernafasan.


Otak juga membolehkan kita berupaya menaakul dan berfikir dengan baik. Ini menyebabkan seseorang manusia mempunyai minda. Minda yang baik dipengaruhi oleh faktor pemakanan, penyakit otak dan kecederaan otak semasa kemalangan.

Saintis telah mengenalpasti bahagian-bahagian serebrum yang mengawal aktiviti badan. Contohnya bahagian penghujung belakang serebrum terlibat dengan penglihatan dan tengah atasnya mengawal pergerakan anggota badan.

4. KOORDINASI KIMIA

Bergandingan dengan koordinasi saraf, koordinasi kimia dikawal oleh hormon dan kelenjar endokrin. Hormon adalah bahan kimia dalam badan yang mengawal aktiviti badan. Hormon dihasilkan oleh bahagian badan yang disebut sebagai kelenjar endokrin. Kelenjar endokrin juga digelar "kelenjar tanpa duktus" kerana ia membebaskan hormon terus ke dalam aliran darah kita.

Manusia mempunyai 6 jenis kelenjar endokrin utama iaitu :-

a. Pituitari - terletak dalam otak ia mengawal kelenjar lain serta berfungsi dalam pertumbuhan.
b. Tiroid - terletak di tepi leher ia mengawal metabolisme, perkembangan otak.
c. Adrenal - terletak di atas ginjal ia menolong seseorang menghadapi kecemasan.
d. Pankreas - terletak di pankreas ia mengawal aras gula dalam darah.
e. Ovari (perempuan) - terletak dalam ovari ia mengawal perkembangan seks.
f. Testis (lelaki) - terletak dalam testis ia mengawal perkembangan seks


Jika kuantiti hormon ini tidak seimbang ia akan mencacatkan aktiviti badan. contohnya jika hormon yang dikeluarkan dari pankreas tidak mencukupi, seseorang akan menghidap penyakit kencing manis.

5. PERBANDINGAN KOORDINASI SARAF DAN KOORDINASI KIMIA

Walaupun kedua-dua koordinasi saraf dan koordinasi kimia berfungsi mengkoordinasikan aktiviti badan, namun kita boleh membandingkan dan membezakan kedua-duanya.

KOORDINASI SARAFKOORDINASI KIMIA
Dikawal oleh sistem sarafDikawal oleh sistem endokrin
Maklumat dihantar dalam bentuk IMPULSMaklumat dihantar dalam bentuk HORMON
Gerak balasnya boleh dipercepat atau diperlambatkanGerak balas adalah lambat
Pusat kawalan adalah otak dan saraf tunjangPusat kawalan adalah kelenjar-kelenjar


6. DADAH MENGGANGGU KOORDINASI !!!

Walaupun kita telah dikurniakan dengan badan yang mampu mengkoordinasikan aktivitinya terdapat 2 bahan yang boleh mengganggunya. Bahan itu ialah dadah dan alkohol.

Dadah merupakan bahan kimia yang boleh mengubah fungsi badan. Contoh dadah ialah heroin. Dadah dikenali sebagai "bahan psikoaktif" kerana ia mampu mengubah perlakuan seseorang setelah menyerang sistem saraf kita.

Pengambilan dadah boleh mendatangkan kesan buruk kepada badan kita.

Kesan dadah secara :-

a. Fizikal - mata merah, hidung berair.
b. Mental - gila, tidak boleh menumpukan perhatian.
c. Psikologi - tidak waras, marah-marah.
d. Fisiologi - gerakbalas lambat, imuniti lemah.
e. Sosial - tidak mahu bergaul dan menimbulkan masaalah seperti mencuri dan menghisap gam.
f. Ekonomi - hilang sumber pendapatan dan menghabiskan duit kerajaan.

7. ALKOHOL JUGA MERBAHAYA !!

Alkohol menjejaskan fungsi otak dan koordinasi badan. Keadaan ini mengakibatkan peningkatan kadar kemalangan serta masaalah rumah tangga. Pengambilan alkohol juga boleh mencacatkan bayi dalam kandungan.

8. JAGALAH BADAN ANDA

Setelah mempelajari koordinasi badan, kita seharusnya menghargai fungsi koordinasi saraf dan koordinasi kimia. Dengan adanya kedua-dua koordinasi ini badan kita boleh melakukan aktiviti dengan sempurna. Penjagaan kesihatan mental juga penting supaya kita hidup dalam harmoni dan bahagia. Kita hendaklah menjauhkan diri dari gejala penyalahgunaan dadah serta ketagihan alkohol.

nota sains tingkatan 4 (bab 4)



JIRIM DAN BAHAN

1. JIRIM SENTIASA BOLEH BERUBAH

Sama dengan 'mood' kita, jirim boleh berubah-ubah. Ini diterangkan melalui teori kinetik jirim. Teori Kinetik Jirim menyatakan bahawa jirim berada dalam keadaan Pepejal, Cecair dan Gas. Teori ini juga menyatakan bahawa jirim adalah terdiri dari atom yang berbentuk sfera (macam bola ping pong). Atom ini sentiasa bergetar atau bergerak dan boleh berlanggar antara satu sama lain.


Apakah sifat atom-atom yang berada dalam keadaan pepejal, cecair dan gas?




KEADAAN JIRIMSIFAT ATOMNYACONTOH
PEPEJALAtom tersusun rapat dan hanya bergetarAis
CECAIRAtom renggang sedikit dan boleh bergerak dengan mudah.Air
GASAtom berjauhan dan bergerak laju.Stim


Fenomena Gerakan Brown merupakan pergerakan rawak zarah pepejal atau cecair jika diperhatikan dalam mikroskop. Zarah ini berlanggar antara satu-sama lain. Apabila terkena dinding bekas ia boleh melantun.

Oleh kerana zarah sentiasa bergerak ia boleh meresap antara celah-celah zarah lain. Proses ini dinamakan Resapan. Zarah bergerak ke kawasan yang mempunyai sedikit zarah. Contohnya jika gula-gula dibiarkan dalam cecair, zarah gula itu akan meresap ke seluruh cecair.

Pergerakan zarah bergantung kepada suhu persekitarannya. Semakin tinggi suhu jirim, zarah didalamnya mempunyai tenaga kinetik tinggi. Ini menghasilkan pergerakan yang lebih cepat.

Bila jirim menerima haba, perubahan jirim ialah:
a. peleburan - P menjadi C
b. pendidihan - C menjadi G
c. pemejalwapan - P menjadi G


Bila jirim melepaskan haba, perubahan jirim ialah :
a. kondensasi - G menjadi C
b. pembekuan - C menjadi P
c. pemejalwapan - G menjadi P

2. APA ADA DALAM ATOM?

Ramai saintis telah mengkaji dengan mendalam tentang atom. Antara saintis yang terawal mengkajinya ialah John Dalton. Beliau telah mengemukakan satu teori bahawa atom ialah satu sfera keras. Setelah menjalankan penyiasatan, saintis-saintis lain telah mengubah teori ini sehinggalah pada masa sekarang, model atom moden telah diperkenalkan.



Baca Tentang Struktur Atom

Model atom moden menyatakan bahawa terdapat 3 jenis zarah subatom :


a. proton - terdapat dalam nukleus atom dan bercas +
b. neutron - terdapat dalam nukleus atom dan TIADA cas.
c. elektron - berputar-putar di sekeliling nukleus dan bercas -






Konsep nombor proton dan nombor nukleon juga telah diperkenalkan.
Nombor Proton = bilangan proton dalam unsur.

Nombor Nukleon = proton + neutron.


Jika suatu unsur mengandungi 3 proton, 3 elektron dan 4 neutron, nombor proton unsur itu ialah 3 dan nombor nukleonnya ialah 7. Unsur sama yang mempunyai nombor nukleon yang berbeza disebut sebagai isotop.

3. UNSUR-UNSUR DISUSUN DALAM JADUAL

Dalam dunia kita terdapat banyak unsur-unsur yang mempunyai sifat-sifat yang berbeza. Supaya tidak mengelirukan, para saintis telah bersetuju untuk menulis semua unsur-unsur ini dalam satu jadual secara sistematik. Jadual ini dinamakan "Jadual Berkala" [Periodic Table]. Jadual berkala amat penting kepada saintis kerana mereka boleh meramalkan sifat-sifat logam yang belum diketahui dengan hanya melihat kedudukannya dalam jadual tersebut.

Dalam jadual berkala :
a. unsur disusun menaik mengikut no. proton.
b. Kumpulan ialah turus menegak
c. Kala ialah baris melintang

Kumpulan I dan II terdiri dari logam reaktif. Kumpulan VII ialah gas-gas adi.




Nak lihat jadual berkala interaktif sila klik disini.



4. BAHAN Atom,Molekul,Ion

Unsur-unsur didunia pula tidak semestinya wujud secara tulen. Unsur-unsur ini mungkin bergabung antara satu sama lain membentuk "bahan".

Terdapat 3 jenis bahan :




BAHANKANDUNGANCONTOH BAHAN
ATOMTerdiri dari satu sejenis unsur sahaja.logam besi, logam kuprum
MOLEKULterdiri dari sejenis unsur yang bergabung atau gabungan unsur berlainan jenis.air, sulfur
IONterdiri dari gabungan unsur-unsur yang mempunyai cas + dan cas -.garam-garam


Ketiga-tiga bahan ini mempunyai sifat fizikal yang berbeza disebabkan tarikan antara zarah-zarah di dalamnya.
ATOMMOLEKULION
Daya tarikan antara zarah-zarahnya adalah kuat. Daya tarikan ini disebut "ikatan logam"Daya tarikan antara zarah-zarahnya adalah lemah. Daya ikatan ini disebut "ikatan kovalen"Daya tarikan antara zarah-zarah adalah sangat kuat. Daya tarikan ini disebut "ikatan ionik"
takat lebur tinggitakat lebur rendahtakat lebur tinggi
Selalunya dalam keadaan pepejal pada suhu bilikBoleh berada dalam bentuk pepejal, cecair atau gas dalam suhu bilikSelalunya dalam keadaan pepejal pada suhu bilik
Boleh mengalirkan arus elektrikTidak boleh mengalir arus elektrikHanya mengalirkan arus dalam keadaan leburan sahaja

5. LOGAM DAN BUKAN LOGAM

Selain daripada mengelaskan bahan kepada bahan A,M,I, bahan juga boleh dikelaskan kepada bahan logam dan bukan logam.

Kedua-duanya mempunyai ciri yang berbeza.




LOGAMBUKAN LOGAM
BerkilatTidak berkilat
"Mulur" - boleh ditarik menjadi wayarTidak mulur
Boleh "ditempa" - diketuk untuk menukar bentukTidak boleh ditempa
Kekuatan regangan tinggi - tidak mudah putusKekuatan regangan rendah
Mudah mengalirkan haba dan elektrikTidak mudah mengalirkan haba dan penebat elektrik


Bahan logam dan bukan logam mempunyai banyak kegunaan dalam kehidupan seharian.
LOGAMBUKAN LOGAM
Emas - digunakan sebagai barang kemas.
Besi - digunakan untuk membuat jambatan.
Zink - digunakan untuk membuat bekas sel kering (bateri).
Karbon - digunakan untuk membuat mata pensel.
Klorin - digunakan untuk membasmi kuman dalam kolam mandi.
Sulfur - digunakan untuk membuat ubat.


6. PENULENAN BAHAN

Tidak semua bahan yang wujud semulajadi adalah tulen. Sebelum kita menggunakan bahan-bahan itu, kita harus menjalankan proses penulenan.

Terdapat 2 cara penulenan bahan :
a. penyulingan - sesuai untuk mengasingkan C&C atau P&C
b. penghabluran - sesuai untuk mengasingkan hablur dari larutannya.

Bahan tulen banyak keistimewaan. Oleh sebab bahan tulen mempunyai takat lebur dan takat didih yang tetap, unsur-unsur tulen boleh dikenalpasti dengan senang. Contohnya air tulen mempunyai takat didih 100oC. Jika satu sampel air mempunyai takat didih 104oC maka kita boleh membuat kesimpulan bahawa air itu tidak tulen.

Pengetahuan manusia tentang cara menulenkan bahan telah menghasilkan banyak kebaikan. Bagi sesetengah negara yang kekurangan air, mereka boleh menyulingkan air laut untuk mendapatkan sumber air minuman. Garam adalah sejenis bahan yang diperolehi dari penghabluran garam dari air laut. Ini jelas menunjukkan akal dan pengetahuan sains penting untuk kehidupan seharian.

nota sains tingkatan 4 bab 5


TENAGA DAN PERUBAHAN KIMIA



1. APA ITU PERUBAHAN KIMIA DAN PERUBAHAN FIZIK ?

Pembakaran kertas untuk menghasilkan debu adalah perubahan kimia manakala peleburan ais menjadi air ialah perubahan fizik. Jadi apakah sebenarnya perubahan kimia dan perubahan fizik ?.Perbezaan antara perubahan kimia dan perubahan fizik adalah seperti jadual di bawah


PERUBAHAN KIMIAPERUBAHAN FIZIK
terbentuk bahan barutidak
perubahan tidak berbalikperubahan berbalik
Komposisi kimia bahan asal berbeza dengan hasilKomposisi kimia bahan asal sama dengan hasil
Jisim bahan asal berbeza dengan hasilJisim bahan asal mungkin sama atau berbeza dengan hasil
Ikatan antara zarah dipecahkanzarah hanya berubah bentuk sahaja
Memerlukan tenaga haba yang tinggiMemerlukan tenaga haba yang rendah



2. PERUBAHAN HABA SEMASA TINDAK BALAS KIMIA

Semasa tindak balas kimia berlaku dua jenis perubahan haba. Sesuatu tindakbalas yang menghasilkan haba ke persekitarannya dinamakan sebagai tindakbalas eksotermik. Tindak balas endotermik pula adalah sebaliknya.Perbezaan antara Tindak balas Eksotermik dengan Endotermik ditunjukkan seperti di bawah.




TINDAK BALAS EKSOTERMIKTINDAK BALAS ENDOTERMIK
membebaskan tenaga habamenyerap tenaga haba
persekitaran panas (tabung uji terasa panas)persekitaran sejuk (tabung uji terasa sejuk)
hasil tindak balas mengandungi tenaga rendahhasil tindak balas mengandungi tenaga tinggi
contoh : semasa melarutkan natrium hidroksida dalam aircontoh : semasa melarutkan ammonium sulfat dalam air



Tindak balas kimia berguna dalam industri. Pengetahuan mengenai jenis tindak balas telah menolong manusia mencipta pelbagai bahan lain yang sangat berguna kepada kita. Jadual berikut memperkenalkan beberapa industri popular yang menggunakan tindak balas kimia. Nama tindak balas tersebut selalunya mengambil mana saintis yang pertama kali menemui tindak balas tersebut.


PROSESHASILPERSAMAAN T/BJENIS T/B
Haberammonianitrogen + hidrogen ----> ammonia + habaEksotermik
Sentuhsulfur trioksida untuk pembuatan asid sulfuriksulfur dioksida + oksigen <====> sulfur trioksida + habaEksotermik
Ostwaldnitrogen oksida untuk pembuatan asid nitrikammonia + oksigen ----> nitrogen oksida + habaEksotermik





3. SIRI KEREAKTIFAN LOGAM

Kebanyakan tindak balas di dunia kita ini berpunca dari logam. Logam merupakan bahan yang sangat penting. Seterusnya kita mengkaji perlakuan logam- logam. Logam-logam mempunyai kereaktifan berbeza apabila ditindak balaskan dengan air, asid serta oksigen.Jika kita melakukan eksperimen dalam makmal, berikut adalah pemerhatian apabila logam bertindak balas
dengan air.
JENIS LOGAMPEMERHATIANKECERGASAN
Natriumbergerak pantas di atas permukaan air dan menghasilkan bunyi "hiss"sangat cergas
Kalsiumtenggelam dan menghasilkan gelembung gas (hidrogen)cergas
Magnesiumtenggelam dan menghasilkan sedikit gelembung gas (hidrogen)kurang cergas
Kuprumtiada tindak balastidak cergas




Dengan asid.
JENIS LOGAMPEMERHATIANKECERGASAN
Magnesiumpembuakan sangat cergas dan menghasilkan gas (hidrogen)sangat cergas
Ferumpembuakan yang cergas dan menghasilkan gas (hidrogen)cergas
plumbumpembuakan dan menghasilkan sedikit gelembung gas (hidrogen)kurang cergas
Kuprumtiada tindak balastidak cergas






Dengan oksigen pula.
JENIS LOGAMPEMERHATIANKECERGASAN
Magnesiummembara sangat terang dan menghasilkan debu putih seletah sejuksangat cergas
Zinkmembara dengan terang dan menghasilkan serbuk kekuningan setelah sejukcergas
Ferummembara dan menghasilkan serbuk hitam setelah sejukkurang cergas
Kuprumtiada tindak balastidak cergas




Jadi kita boleh membina Siri kereaktifan logam bermula dari yang paling reaktif ialah :-

Kalium (PALING REAKTIF)
Natrium
Kalsium
Magnesium
Aluminium
Zink
Ferum (besi)
Stanum (timah)
Plumbum
Kuprum (tembaga)
Merkuri (raksa)
Argentum
Aurum (emas) (TIDAK REAKTIF) 



Oleh kerana logam mempunyai kereaktifan yang berbeza tindak balas oksidanya dengan karbon lain juga menunjukkan perlakuan yang berbeza. Berikut adalah pemerhatian apabila oksida logam bertindak balas dengan karbon.




OKSIDA LOGAMPEMERHATIANINFERENS/TH>
Plumbum (II) oksidamenghasilkan bintil-bintil logam berkilaukarbon boleh menurunkan plumbum (II) oksida. Karbon lebih reaktif dari plumbum
Aluminium oksidatiada apa-apa terbentukkarbon tidak boleh menurunkan aluminium oksida. Karbon kurang reaktif dari aluminium
Zink oksidamenghasilkan sedikit bintil-bintil logam berkilaukarbon boleh menurunkan zink oksida. karbon lebih reaktif dari zink


Ini bermaksud kita boleh meletakkan karbon dalam siri kereaktifan logam seperti berikut.

Kalium
Natrium
Kalsium
Magnesium
Aluminium

KARBON

Zink
Ferum (besi)
Stanum (timah)
Plumbum
Kuprum (tembaga)
Merkuri (raksa)
Argentum
Aurum (emas) 





Semua oksida logam (bijih) yang berada dibawah karbon boleh diekstrak (dikeluarkan) dengan memanaskannya dengan karbon. Karbon yang digunakan dalam industri pengekstrakan logam dari bijihnya ialah arang kok.Proses Pengekstrakan logam dengan menggunakan serbuk karbon (arang kok)telah dijadualkan seperti berikut.



LANGKAHCARATUJUANHASIL
Memanggang bijihMemanggang pada suhu tinggiMenyingkirkan sulfurBijih terpanggang
Mencampur bijih dengan arang kokBijih dicampurkan dengan arang kok dan dimasukkan dalam "relau bagas"Memulakan tindak balasCampuran bijih + arang kok bersuhu tinggi
Tindak balasCampuran dipanaskan pada suhu tinggiMelengkapkan tindakbalasDua hasil terbentuk iaitu :
a) Bendasing (sanga lebur)
b)Logam tulen yang lebur
PengasinganSanga disingkirkan dan leburan logam dialirkan keluarMemisahkan logam tulenLogam tulen
Mengacu dan Membekukan logamLeburan logam dituang ke dalam acuan dan disejukkanMendapat jongkong/kepingan logamJongkong/Kepingan logam tulen



4. TINDAK BALAS DENGAN MENGGUNAKAN TENAGA ELEKTRIK

Elektrolisis merupakan satu tindak balas yang menggunakan tenaga elektrik. Tenaga elektrik memecahkan sebatian kimia untuk membentuk bahan yang baru. Terdapat 3 komponen utama dalam radas elektrolisis.


KOMPONENBAHANTUJUAN
Elektrolitgaram, asid atau alkalimembekalkan ion positif ("kation") dan ion negatif ("Anion")
Elektrod2 elektrod yang terdiri dari bahan yang boleh mengkonduksi elektrik cth: karbonmembentuk
a) elektrod positif (Anod)-bahagian yang disambung ke terminal positif bateri dan
b) elektrod negatif (Katod)
Pembekal arus elektrikbateri atau sumber arus terusMengerakkan elektron dalam litar





Elektrolisis mempunyai banyak kegunaan dalam kehidupan seharian manusia. Anatarah kegunaannya ialah


KEGUNAANELEKTROLITNYAELEKTROD +ELEKTROD -
Pengekstrakan AluminiumLeburan Aluminium Oksida + Kriolitkarbon - gas oksigen terhasilkarbon - aluminium tulen terhasil
Penulenan argentumargentum nitratkepingan argentum tak tulen - akan larut dalam elektrolitkepingan argentum tulen - bertambah berat
Penyaduran sudu besi dengan argentumargentum nitratkepingan argentum - jisim berkurangansudu besi - disadurkan oleh argentum





5. PENGHASILAN TENAGA ELEKTRIK DARI TENAGA KIMIA

Disebalik elektrolisis, tenaga elektrik pula boleh dihasilkan dari tenaga kimia dalam sel(bateri).

Untuk menghasilkan tenaga elektrik dari tenaga kimia, beberapa syarat harus dipenuhi oleh radas(set-up). 3 syarat supaya terhasilnya tenaga elektrik dalam sel ringkas ialah:-

a) Dua elektrod yang digunakan hendaklah berbeza.
b) Sel mesti mengandungi elektrolit.
c) Kedua-dua elektrod hendalah bersambung untuk melengkapkan litar.

Sangat menarik jika kita mengkaji dengan lebih mendalam komponen yang terdapat dalam sel kering. (mana tahu anda boleh mencipta sel sendiri di rumah.....). Komponen sel kering adalah seperti berikut.



KOMPONENBAHANTUJUAN
Terminal -bekas zinkmembebaskan elektron
Terminal +rod karbonmenerima elektron
Elektrolitammonium klorida + zink kloridalandasan pergerakan elektron
Pencegah Pengutubanserbuk karbon + mangan (IV) dioksidamenyerap hidrogen yang terbentuk dan menukarkannya menjadi air



Komponen sel asid-plumbum pula.





KOMPONENBAHANTUJUAN
Terminal -plat plumbum tulenmembebaskan elektron
Terminal +plat plumbum oksidamenerima elektron
Elektrolitasid sulfurik pekatlandasan pergerakan elektron




Saintis telah menamakan sel kering sebagai sel primer manakala sel basah asid-plumbum pula ialah sel sekunder. (saintis sering mengklasifikasikan sesuatu ya..)Apakah maksud serta perbezaan kedua-dua jenis sel ini ?.
Perbezaan sel primer dan sel sekunder adalah seperti berikut.





SELPRIMERSEKUNDER
Kelebihanmembekalkan arus tetap,boleh dicas semula
Kelemahantidak boleh dicas semulamengandungi elektrolit yang mudah tumpah
Contoh selsel kering, bateri alkali, bateri argentum oksidaakumulator asid-plumbum, Bateri nikel-kadmium, bateri litium
Cara di kitar semulabekas logam dan karbon diasingkan dan dipakai semulalogam plumbum di kitar semula dan asid diganti semula




Walaupun sel-sel diatas berguna kepada manusia namun ianya boleh mendatangkan sedikit masalah jika dibuang ke alam sekitar. Ini adalah kerana ia mempunyai bahan bertoksik seperti logam rekatif serta bahan kimia lain.Kesan Pembuangan sel kimia ke alam sekitar ialah :-

a) Pencemaran ekologi
b) Menjejaskan kesihatan manusia
c) Logam toksik mencemarkan sumber air dan tanah
d) Bahan toksik masuk ke rantai makanan dan meracuni otak


6.TINDAK BALAS YANG MEMERLUKAN CAHAYA

Selain daripada tenaga elektrik, sesetengah tindak balas hanya memerlukan cahaya sebagai sumber tenaga.Beberapa contoh tindak balas yang memerlukan cahaya dalam kehidupan kita ialah :-



TINDAK BALASKESAN CAHAYAAPLIKASI
FotosintesisMemecahkan molekul air dalam tumbuhan.Penghasilan glukosa semasa fotosintesis.
Penguraian Argentum KloridaArgentum klorida terurai menjadi argentum dan klorin.Bahan kimia argentum klorida hendaklah disimpan dalam botol gelap.
Kertas FotografiPasta argentum bromida yang terdapat di permukaan kertas fotografi terurai menjadi argentum dan bromida.Bahagian terdedah cahaya menjadi kelabu dan bahagian terlindung kekal putih. konsep ini digunakan untuk mencuci gambar foto.



7. JANGAN MEMBAZIR TENAGA

Apabila kita mengetahui bahawa semua tindak balas di dunia ini memerlukan tenaga (elektrik atau cahaya) maka kita sedar bahawa kita tidak boleh membazir tenaga. Kita hendaklah sentiasa mencari jalan agar sumber tenaga kita kekal lama

Kelantan The REd Warrors ...

Nie gmbr team KELANTAN THE RED WARRIOS .... haaa ... nie larr favourite team aq ... pemain yg aq ska ialah apex , shahrul idlan , farhan,  mat yo .. n blh d ktakn semua larr ... korang suke x team nie ..???


love team kelantan ... like gla2 ...

My Profile ....

Nama aku Mohd Alias... Umur aq 16 ... aq ne bru jew join dlam blog nie .. sje jew nk luah kan prasaan skit... hu .. arp korng ley time ... aq ade girlfriends .. tpi xlar rapt cgt .. tpi aq syg die ... die pon syg aq ... hehehe ... nk tgk x ..??? ne gmbr nye ...



ok x ...??? aq ske die .. law pon die xcntik .. tpi cute ... huhuhu2 ...
stkt ne lar dlu ea ... k bye ... luv u all .. mmmuuaaahhh ...