Friday, 6 July 2012

A Prominent Malaysian Leader



A Prominent Malaysian Leader 


            As the fourth and most dynamic Prime Minister of Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad will indelible impression on the sands of Malaysia for many years to come. He held the post for 22 years from 1981 to 2003, making him Malaysia's longest-serving Prime Minister, and one of the longest-serving leaders in Asia.
            Born on 20th December, 1925 in Alor Setar, Dr. Mahathir is the son of a teacher. He is the youngest of nine children of a school teacher and a housewife. His father, Mohamad Iskandar, was of Indian descent, being the son of a Muslim and a Malay mother, while Mahathir's own mother, Datin Wan Tempawan Wan Hanafi, was Malay. He is married to Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali, they have seven children, four sons and three daughters. From an early age, Tun Mahathir had the importance of educationdrummed into him by his father, who was also a strict disciplinarian.
            After his early education at the Maktab Sultan Abdul Hamid in Alor Setar, he enrolled at the King Edward VII College of Medicine in the University of Singapore. Armed with a MBBS degree in medicine, he set up his own clinic, the Maha Clinic in Alor Setar. As a doctor, Tun Mahathir came into close contact with people from variety of social strataand enjoyed a close rapport with them. He understood their problems. Thus, when he was thrust into the politic limelight, he strove to fulfil the needs of the people.
He was first catapulted into the world of politics when he became the Member of Parliement for Alor Setar in 1964. After holding a number of portfolios, including Minister of Education, Minister of Trade and  Industry and Deputy Prime Minister, he finally became the Prime Minister on 16th July, 1981. The country flourished with Dr. Mahathir at the helm of the government. His contributions to the nation are so immense and par excellence. He has left his mark in every aspect – in politics, economy or education.
Realizing that government-owned enterprises are neither efficient nor profitable, he initiated the privation policy in 1983. This had immediate effect of cutting down bureaucraticineptitude and operational cost while at the same time generating more revenue.
With collapse of the prices of agricultural commodities in the eighties, Tun Mahathir decided that it was time to shift the nation’s focus to more profitable areas. Thus, he started the industrialization programme. Reputed as the country’s top salesman, he showcased Malaysia to investors abroad in a bid to woo them.  As a result of the heavy industrialization drive, major projects like national car project or PROTON and the steel company, PERWAJA, together with other mega project were launched one after another. Next, realizing that industrialization would require a good infrastructure, he set about improving it. The Mahathir era saw a successful completion of the North-South Highway, the East-West Highway, the Multimedia Super Corridor, the Kuala Lumpur International Airport in Sepang and many more.
An astute politician, he charted the growth of the country’s progress from the day he took office. He envisages that Malaysia can only attain the status of a fully developed country if it becomes an industrialization one and this ambition has been his main agenda during his tenure. With this in mind, he announced Vision 2020, his most ambitious vision.
Frank and outspoken by nature, Tun Mahathir speak without fear nor favour. This has been the hallmark of thus much respected statesman. The inefficiency of local and international organizations has always come under his scrutiny and critism.
It has been almost two decades since Tun Mahathir took over reins of the government. It has undoubtedly been the golden era for Malaysia with many notable achievements.

nota sains tingkatan 4 (bab 6)



1. MEMAHAMI BAHAN RADIOAKTIFPernahkah anda mendengar bom nuklear?. Bom nuklear adalah sejenis bom yang menghasilkan tenaga yang sangat tinggi dan memusnahkan. Tenaga kuat ini dihasilkan oleh bahan radioaktif.Kita akan mengkaji sedikit tentang bahan radioaktif.Bahan radioaktif ialah unsur yang :-a. nukleusnya tidak stabilb. nukleusnya mereput secara spontanc. memancarkan sinaran radioaktif (alfa, beta dan gamma)

Alat yang boleh mengesan sinaran radioaktif ialah Tiub Geiger-Muller, Elektroskop daun emas dan Kebuk awan.Bahan radioaktif yang kebanyakannya logam adalah senang mereput(decay). Apabila mereput ia boleh menghasilkan sinaran radioaktif yang merbahaya kepada kehidupan. Terdapat 3 jenis sianaran radioaktif yang berbeza.Jadual berikut menunjukkan perbezaan sinaran radioaktif.
SINARANALFABETAGAMMA
Kuasa penembusandihalang oleh sekeping kertasdihalang oleh kepingan aluminium (3mm)dihalang oleh kepingan plumbum (10cm)
Ciri runut dalam kebuk awanlurus dan tebalgaris halus dan bergelombangpendek, halus dan bertaburan
Cas+-neutral

2. PENGHASILAN TENAGA NUKLEARPenghasilan tenaga nuklear dari bahan radioaktif dijalankan dalam reaktor nuklear. Bahan radioaktif dibedil(tembak) dengan menggunakan alat khas yang mengeluarkan neutron. Neutron yang terkena bahan radioaktif akan memecahkan nukleusnya untuk menghasilkan bahan radioaktif yang baru. Dalam proses ini tenaga yang sangat kuat terhasil. Tenaga ini dinamakan sebagai TENAGA NUKLEAR. Proses penghasilan tenaga ini adalah proses yang terkawal supaya tidak ada letupan berlaku.Proses ini ialah "Tindakbalas Berantai".Tenaga nuklear yang terhasil boleh digunakan untuk memanaskan air. Stim yang terhasil digunakan untuk menggerakkan turbin penjana elektrik. Mari lihat komponen reaktor nuklear tempat terhasilnya tenaga ini. 3 bahagian reaktor nuklear adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut.
BAHAGIANBAHAN APIMODERATORSISTEM PENYEJUK
KOMPONENBahan radioaktif yang membekalkan tenaga nuklear seperti uraniumBahan yang melambatkan tindak balas contohnya grafitSistem yang mengurangkan tenaga haba

3. KEGUNAAN LAIN BAHAN RADIOAKTIFSelain menghasilkan tenaga elektrik (Malaysia belum lagi ya..), bahan radioaktif juga mempunyai kegunaan lain seperti yang ditunjukkan jadual berikut.
BIDANGKEGUNAANCONTOH BAHAN
PerindustrianMengesan kebocoran paip bawah tanahradioisotop iodin
PertanianMengkaji kesan resapan nutrien oleh tumbuhanfosforus-32
PerubatanMembunuh sel barahkobalt-60
ArkeologiMenentukan umur bahan purba (teknik ini dinamakan "Pentarikhan Karbon")karbon-14


4. KESAN NEGATIF PENGGUNAAN BAHAN RADIOAKTIFJika tidak dikawal, penggunaan bahan radioaktif senang membawa kemudaratan kepada kehidupan. Jadual berikut menerangkan beberapa kesan negatif penggunaan bahan radioaktif.
KESAN AKIBATKESANCARA MENGATASI
KEMALANGANalam sekitar tercemar, maut,kanser, kemandulanPenggunaan reaktor nuklear hendaklah dihadkan
PENCEMARAN SISA RADIOAKTIFalam sekitar tercemar, kanser, kehidupan akuatik terjejasPembuangan sisa r/aktif hendaklah dilaksanakan dengan baik seperti tempat pelupusan dasar laut atau gurun.
PEPERANGANPembinaan senjata pemusnah yang besarMenghadkan penggunaan bahan radioaktif dalam pembinaan senjata
Jika perlu penggunaan bahan radioaktif hendaklah diuruskan dengan baik. Sebagai contoh ianya hendaklah disimpan dengan cara yang sempurna. Cara penyimpanan bahan radioaktif ialah :-
  • Menyimpan dalam kotak plumbum yang tebal.
  • Bilik penyimpanan hendaklah ditandakan dengan simbol radioaaktif.



Pengendalian bahan radioaktif yang sempurna juga harus dilaksanakan seperti
  • memakai "pakaian perisai plumbum" dan lencana filem
  • menggunakan robot atau alat kawalan jauh serta alat pengesan Geiger-Muller.


5. BAHAN RADIOAKTIF IALAH PENEMUAN MANUSIA YANG MENAKJUBKANMemang tidak dapat dinafikan bahawa penemuan bahan radioaktif adalah penemuan yang sangat penting dan menakjubkan. Perkembangan teknologi nuklear sedang berkembang dengan pesat diseluruh dunia. Ianya dimajukan bagi kebaikan umat manusia. Kita hendaklah ingat bahawa penemuan ini juga mendatangkan keburukan jika ia disalahgunakan seperti pembangunan senjata nuklear. Pembinaan senjata nuklear menggugat keselamatan dunia secara menyeluruh. Kita hendaklah menghayati dan menghargai anugerah Tuhan yang telah mencipta pelbagai bahan dalam alam yang boleh digunakan untuk kesejahteraan umat manusia.Pada masa hadapan mungkinkah kita akan menggunakan "kereta nuklear" yang berupaya menyimpan tenaga untuk kegunaan berpuluh-puluh tahun?.

nota sains tingkatan 4 bab (1)


Tajuk ni bukan ada nota-nota yang perlu dihafal. Tapi lebih menjurus kepada langkah-langkah apabila kita membuat eksperimen. Sangat berguna apabila studens nak buat amali PEKA dan menyiasat hipotesis-hipotesis yang dibuat mengikut tajuk-tajuk lain dalam subjek Sains.

Mari kita tengok apa dia langkah-langkah yang perlu kita ikut tu,

1. Membuat Hipotesis

~ lebih kepada proses membuat pernyataan umum yang difikirkan benar tentang hubungan di antara pembolehubah yang dimanipulasi dan pembolehubah yang bergerakbalas.


2. Mengawal Pembolehubah

~ ada 3 jenis pembolehubah yang mesti pelajar tahu.
* yang PERTAMA : Pembolehubah dimalarkan
* yang KEDUA : Pembolehubah dimanipulasi
* yang KETIGA : Pembolehubah bergerakbalas

3. Merancang Penyiasatan

4. Menjalankan Penyiasatan

5. Mengumpulkan data

6. Menganalisis data


7. Mentafsir data

8. Membuat kesimpulan

nota sains tingkatan 4 (bab 7)



CAHAYA, WARNA DAN PENGLIHATAN


A. PEMBENTUKAN IMEJ
Sifat imej cermin satah ialah songsang sisi, sama saiz dan jarak objek-cermin sama dengan jarak imej-cermin, maya. Ciri imej kanta cembung ialah nyata, iaitu imej boleh dipaparkan pada skrin. Kanta cekung pula membentuk imej yang maya, iaitu imej yang tidak boleh dipaparkan pada skrin. Kita boleh melukis sinar cahaya yang memasuki sesuatu kanta. Komponen utama rajah sinar yang melalui kanta ialah :-
  1. pusat optik - titik ditengah-tengah kanta.
  1. paksi utama - garis mendatar yang melaui pusat optik.
  1. Titik fokus - titik dimana sinar ditumpukan.
  1. Titik 2f - titik yang panjangnya 2 X ganda jarak fokus.
  1. Imej - imej yang terbentuk.



Latihan melukis gambar rajah sinar
lihat animasi rajah sinar



Satu lagi lihat rajah sinar kanta cembung jika jarak objek berubah-ubah

Jika kita diberi satu kanta, bagaimanakah kita boleh menentukan jarak fokus(focul point) kanta itu ?.
B. PEMBENTUKAN IMEJ OLEH MATA DAN ALAT OPTIK
Jadual berikut menunjukkan prinsip operasi beberapa alat optik.
ALAT OPTIKPRINSIP OPERASISIFAT IMEJ
Periskopsinar dipantulkan pada 2 cermin stah yang selari. Cermin diletakkan pada sudut 45 darjah dalam kotakMaya, tegak, sama saiz dengan objek
Kanta Pembesarobjek diletakkan kurang dari j/fmaya tegak, lebih besar dari objek
Kamerakanta cembung menumpukan sinar dari imej jauh ke filemnyata songsang dan menegcil
Mikroskoptediri dari 2 kanta - kanta objektif dan kanta mata.
kanta objektif membentuk imej nyata, songsang dan membesar dihadapan kanta mata.
Kanta mata membesarkan imej kanta objektif itu.
akhirnya ciri imej ialah : maya,songsang dan lebih besar dari objek
Teleskopterdiri dari 2 kanta - kanta objektif dan kanta mata.
kanta objektif menumpukan sinar cahaya yang jauh membentuk imej yang nyata, songsang dan mengecil dititik fokus kanta mata.
kanta mata membesarkan imej kanta objektif itu.
ciri imej terakhir ialah : infiniti, maya songsang dan lebih besar dari objek




Berikut adalah bahagian mata dan fungsinya.
BAHAGIAN MATAFUNGSI
Gelemair ("VITREOUS HUMOR") dan Gelemacamembantu dalam pemfokusan imej
Kornea ("CORNEA')bahagian lutsinar di hadapan mata yang membenarkan sinar masuk
Irismenyebabkan anak mata ("PUPIL") membesar atau mengecil - mengawal amaun cahaya masuk ke dalam mata
Otot Siliaboleh mengendur-kanta mata menipis
boleh mengecut-kanta mata menebal
Kanta Mata ("LENS")memfokuskan sinar cahaya yang masuk
Retinabahagian dimana imej terbentuk. Ia mengandungi sel optik
Saraf Optik ("OPTIC NERVE")mencetusdan menghantar impuls ke otak untuk ditafsirkan


Mata mempunyai mekanisma tertentu apabila ia melihat objek.
  1. Kanta mata boleh diselaraskan untuk melihat objek dekat dan jauh.
  1. Apabila melihat objek jauh, otot silia mengendur, kanta mata menipis dan imej difokuskan ke retina.
  1. Apabila melihat objek dekat, otot silia mengecut, kanta mata menebal dan imej difokuskan ke retina.

Lihat bertapa istimewanya organ yang digelar "mata".

Satu lagi alat optik yang boleh membentuk imej ialahKAMERA LUBANG JARUM Gambarajah di bawah menunjukkan keratan rentas kamera lubang jarum.

TRANSLASI (Terms translation)
Object=objek, Image=imej, Pinhole=lubang jarum, Screen=skrin, Eye=mata, Light rays=sinar cahaya


Mata dan kamera beroperasi mengikut prinsip yang sama. Kanta mata dan kanta kamera berfungsi memfokuskan cahaya. Imej terbentuk pada retina mata manakala imej bagi kamera terbentuk pada filem. Mata dan kamera membentuk imej yang lebih kecil dari objek, songsang dan nyata.
C. PENYEBARAN CAHAYA
Penyebaran cahaya ialah "pemecahan" cahaya putih kepada spektrum cahaya (m/j/k/h/b/i/u). Penyebaran cahaya putih boleh dilakukan dengan prisma kaca kerana setiap spektrum ini bergerak pada kelajuan yang berbeza dalam kaca.
Perhatikan rajah di bawah.

Warna unggu paling banyak dibiaskan kerana ia lambat bergerak dalam kaca.
Warna merah pula paling sedikit dibiaskan kerana ia bergerak laju dalam kaca.

Fenomena alam yang melibatkan penyebaran cahaya adalan pembentukan pelangi. Fenomena pelangi terjadi apabila cahaya dibiaskan dalam titisan air menghasilkan spektrum cahaya. Pelangi kelihatan apabila terdapat hujan renyai-renyai dan cahaya matahari yang memancar di belakang seorang pemerhati.
D. PENYERAKAN CAHAYA
Penyerakan cahaya adalah keadaan dimana cahaya dipantulkan oleh molekul udara di langit. Ini menyebabkan fenomena:-
a. Langit kebiruan.
b. Matahari kemerahan pada waktu senja. 
Apakah yang berlaku semasa kedua-dua fenomena ini berlaku?.
LANGIT KEBIRUANMATAHARI KEMERAHAN DI WAKTU SENJA
spektrum berwarna biru banyak diserakkan oleh molekul udara di langitSpektrum merah tidak diserakkan maka ia terus masuk ke mata pemerhati

Anda boleh melakukan eksperimen sendiri di rumah untuk melihat kesan penyerakan cahaya.
E. PENAMBAHAN DAN PENOLAKAN WARNA
Dalam penambahan cahaya berwarna, warna primer ialah merah, biru dan hijau. Penambahan warna-warna primer boleh membentuk warna sekunder iaitu cyan, magenta dan kuning. Lihat jadual dibawah.
WARNA SEKUNDERHASIL PENAMBAHAN WARNA PRIMER :-
MagentaMerah + Biru
CyanBiru + Hijau
KuningMerah + hijau

Lihat animasi di bawah

Nak lihat penambahan warna dengan lebih mendalam 
Dalam penolakan cahaya, penapis primer hanya membenarkan warnanya sendiri menembusinya. Penapis sekunder akan membenarkan warna sendiri serta warna primernya yang membentuknya sahaja menembusinya.

F. PENCAMPURAN PIGMEN (CAT)
Pigmen adalah "bahan bewarna" (cat/watercolor) yang boleh memantul dan menyerap cahaya warna tertentu. Contohnya, pigmen warna merah hanya memantulkan cahaya merah sahaja. jika baju berwarna merah disuluh dengan cahaya hijau, cahaya hijau ini akan diserap oleh pigmen merah. Tiada cahaya yang dipantulkan. Baju itu kelihatan hitam.
G. WARNA DAN SAYA
Warna memainkan peranan penting kepada kehidupan. Antaranya adalah :-
MANUSIAHAIWAN
  • untuk proses percetakan gambar bewarna
  • untuk pendawaian elektrik
  • untuk mencari pasangan - burung merak
  • untuk perlindungan - ulat bulu berwarna hijau

Mengapakah anda tidak suka menggunakan pakaian sekolah? Kerana anda bosan dengan warna hijau dan putih betul tak!!! Sebab itulah pihak sekolah mengadakan "mufti day" supaya anda boleh menggunakan pakaian pelbagai warna. Neh...cikgu tahulah secret anda.


nota sains tingkatan 4 (bab 8)



BAHAN KIMIA DALAM PERINDUSTRIAN


ALOI

1. Aloi ialah bahan yang terbina dari percampuran 2 atau lebih logam berlainan.
2. Sifat aloi adalah kuat, lebih keras, tahan kakisan dan mempunyai rupabentuk yang menarik.
3. Contoh-contoh aloi dan kegunaannya adalah seperti jadual dibawah :-

LOGAM UTAMAATOM ASING UTAMANAMA ALOI YANG TERBENTUK
BesiKarbonKeluli
TimahAntimoni, Plumbum dan KuprumPiuter
KuprumTimahGangsa
KuprumZinkLoyang
AluminiumKuprumDuralamin
Peringatan : Pelajar perlu mengingati beberapa contoh sahaja. janganlah terlalu risau ye...don't worry, be happy!!! :-)


4. Proses mencampur logam-logam untuk membentuk bahan aloi disebut proses PENGALOIAN.
5. Kehadiran atom lain dalam susunan atom logam utama mengelakkan kelongsoran, inilah sebabnya aloi sangat kuat dan keras.
6. Beberapa kegunaan aloi dalam kehidupan harian ialah :-

ALOIKEGUNAAN
PiuterBahan perhiasan seperti piala
GangsaDuit syiling dan loceng
LoyangKunci dan alat musik
DuraluminBahagian-bahagian kapal terbang
KeluliJambatan dan bangunan



7. Proses pengaloian dijalankan dengan memanaskan 2 atau lebih logam tulen didalam "relau bagas".
8. "Aloi superkonduktor" ialah aloi yang boleh mengalirkan arus elektrik dalam keadaan tanpa rintangan pada suhu yang sangat rendah. Ia mempunyai sifat yang sangat istimewa kerana aloi ini ditolak oleh magnet. Kegunaan aloi ini pada masa hadapan ialah untuk membina keretapi "terapung". Keretapi ini boleh mencapai kelajuan yang sangat tinggi.

AMMONIA

8. Ammonia ialah bahan kimia yang mempunyai 1 atom nitrogen bergabung dengan 3 atom hidrogen.
9. Ammonia digunakan untuk membuat baja bernitrogen, asid nitrik, Bahan letupan TNT, Agen pencuci dan pewarna.
10. Ammonia dihasilkan melalui proses "HABER".
11. Proses Haber ialah proses yang menggabungkan 1 bahagian Nitrogen dan 3 bahagian Hidrogen pada suhu dan tekanan tinggi. Mangkin juga digunakan untuk mempercepatkan tindak balas.
12. Suhu yang digunakan dalam Proses haber ialah 450-500oC. Kena ingat angka ini... :-) manakala tekanan yang dikenakan ialah 200-500 atm. Mangkin yang digunakan ialah besi.
13. Urea ialah sejenis baja bernitrogen yang dibuat dari ammonia.
14. Urea dihasilkan dengan memanaskan ammonia dengan karbon dioksida pada suhu dan tekanan tinggi.

PENCEMARAN


Terdapat beberapa punca utama Pencemaran :-

a. Pembakaran Bahan Api Fosil seperti Diesel.


Gas beracun yang terbebas ialah Sulfur dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida, jelaga dan debu.
Kesan buruk dari pencemaran ini ialah HUJAN ASID, KEJADIAN RUMAH HIJAU dan menjejaskan KESIHATAN MANUSIA.

b. Sisa Toksik dari Industri.


Bahan toksik yang terbebas ialah asid dan alkali, plumbum dan merkuri.

Kesannya kepada alam sekitar ialah ia boleh mengubah pH air dan seterusnya mengganggu keseimbangan ekosistem akuatik. Kura-kura mati:-(

Bahan toksik juga boleh menyebabkan gangguan pernafasan dan sistem saraf.

c. Pembuangan Sisa Kelapa Sawit dan Sisa Getah.


Bahan yang terbuang seperti hampas, kulit buah dan tangkai boleh mencemarkan.
Bahan sisa getah seperti tayar buruk dan sarung tangan susah untuk mereput dan amat mencemarkan alam sekitar.
Kedua-dua sisa ini boleh mencemarkan air, udara dan darat.

d. Sisa Daripada Bahan Radioaktif.


Sisa radioaktif masih boleh memancarkan sinaran radioaktif yang merbahaya.
Pendedahan manusia kepada sinaran ini boleh menyebabkan mutasi, kanser, kemandulan dan kecacatan fetus.

PENGAWALAN PEMBUANGAN SISA INDUSTRI


A. Penggunaan teknologi seperti membina "pemendak elektrostatik" pada cerobong kilang. Ini boleh mengurangkan gas karbon monoksida.
B. Menggunakan Akta Kualiti Alam Sekitar untuk mendenda pengilang yang mencemarkan alam sekitar.
C. Mendidik orang ramai tentang pentingnya menjaga alam sekitar. Ini dilaksanakan dengan mengadakan kempen seperti ceramah, iklan TV dan Radio

nota sains tingkatan 4 (bab 3)


KETURUNAN DAN VARIASI


1. MEMAHAMI PROSES PEMBAHAGIAN SEL

Kita mengetahui bahawa badan kita terbina dari berjuta-juta sel. Dalam sel ini terdapat pusat aktiviti yang disebut sebagai nukleus. Dalam nukleus pula terdapat kromosom yang mengandungi gen. Gen inilah yang mengawal sifat kita. Contohnya ia mengawal samaada rambut kita kerinting atau tidak.

Gen adalah bahan baka yang membawa maklumat genetik.

Gen terletak dalam Kromosom. Jika dilihat menerusi mikroskop, kromosom adalah struktur bebenang dalam nukleus sel.

Manusia boleh tumbuh dan membiak kerana selnya boleh membahagi. Dua jenis pembahagian sel ialah mitosis dan meiosis. Mitosis berlaku dalam seluruh badan dan menyebabkan setiap hari kita membesar. Bilangan kromosom yang terhasil tetap sama dengan gen asal [kadang kala digelar 'gen induk']. Meiosis pula berlaku dalam testis atau ovari untuk menghasilkan sperma atau ovum. Bilangan kromosom dalam sperma ialah separuh dari bilangan sel induk. Manusia mempunyai 23 kromosom iaitu separuh dari kromosom sel induk (46 kromosom).

Terdapat banyak perbezaan antara mitosis dan meiosis.
MITOSISMEIOSIS
a. Berlaku dalam sel soma
b. Untuk pertumbuhan fizikal
c. Menghasilkan 2 "sel anak" setiap pembahagian
d. Tidak menyebabkan variasi
a. Berlaku dalam organ pembiakan (testis/ovari)
b. Untuk pembentukan sel gamet (sperma/ovum)
c. Menghasilkan 4 "sel anak"
d. Menyebabkan variasi


2. PERWARISAN SIFAT

Saintis telah mengetahui bahawa kebiasaannya organisma mempunyai sepasang kromosom yang membawa sepasang gen. Gen-gen ini mungkin sama atau berbeza. Terdapat dua jenis gen iaitu gen dominan dan gen resesif. Gen dominan ialah gen yang kuat dan mampu menonjolkan cirinya pada organisma. Gen resesif adalah gen yang lemah. Ia tidak boleh menonjolkan cirinya jika berjumpa dengan gen dominan. Gen resesif hanya boleh menonjolkan cirinya jika ia berjumpa dengan pasangan gen resesif yang sama.

Gen dominan akan mengakibatkan sifat dominan. Mengikut kajian saintis genetik beberapa contoh sifat dominan manusia ialah seperti sifat rambut kerinting dan kebolehan menggulung lidah. [the ability to roll his tongue].

Sifat resesif pula adalah seperti sifat rambut lurus dan tidak boleh menggulung lidah. Bagaimanakah sifat-sifat ini boleh diperturunkan dari ibu bapa ke anak?.

Sel MANUSIA mempunyai 46 kromosom (23 gen yang berpasangan). Sperma dan ovum yang terhasil dari meiosis hanya mengandungi 23 kromosom sahaja. Jika sperma membawa gen yang mengawal sifat rambut kerinting (dominan) mensenyawakan ovum yang membawa sifat rambut lurus, maka anak yang terhasil akan berambut kerinting.

Struktur kromosom dalam gamet :-
SPERMAOVUM
22+X atau 22+Y22+X sahaja


Kromosom X dan kromosom Y digelar sebagai "Kromosom Seks". Kromosom ini menentukan jantina seseorang.

3. KEJADIAN KEMBAR

Proses persenyawaan berlaku apabila sebiji ovum disenyawakan oleh 'seekor' sperma. Zigot akan terhasil. Zigot pula membesar sebagai fetus didalam uterus ibu. Puiii...banyaknya laras sains ni !!!!. Kebiasaanya hanya satu zigot terhasil dari persenyawaan. Ini adalah kerana kebiasaannya wanita menghasilkan sebiji ovum setiap bulan.Walau bagaimanapun kadang kala lebih dari satu fetus terbentuk. Kejadian yang menakjubkan ini akan menghasilkan kembar. Pada asasnya terdapat 2 jenis kembar. Oopp...ada 3 sebenarnya. Kembar itu ialah 1 kembar seiras (identical twins) dan kembar tak seiras (non-identical).
Mari lihat perbezaan kembar seiras dan tak seiras. Jadual dibawah akan menerangkannya dengan jelas kepada anda.

SEIRASTAK SEIRAS
*satu ovum disenyawakan oleh 1 sperma, zigot yang membahagi 2. (fantastik betul...)
*mempunyai kandungan genetik sama.
*ciri fizikal sama.
*berkongsi plasenta.
*jantina MESTI sama.
*2 ovum disenyawakan oleh 2 sperma berbeza.
*mempunyai kandungan genetik berbeza.
*ciri fizikal (paras rupa) berbeza.
*plasenta berasingan.
*jantina mungkin sama atau berbeza.
Kembar yang satu lagi ialah 3kembar siam (Siamese Twins). Kembar siam berpunca dari kejadian kembar seiras. Fetus yang membahagi dua kadangkala tidak berpecah sepenuhnya. Oleh itu kembar itu bercantum pada bahagian tertentu seperti pada dada atau sisi. Kesian ya kembar ni...

4. MUTASI

Semasa proses pembahagian sel, terdapat beberapa kes dimana terdapat kecacatan pada sel. Kejadian ini digelar sebagai mutasi (Mutation). Mutasi boleh mempengaruhi kehidupan organisma.Mari kita mengkaji mutasi secara mendalam.
Mutasi berlaku apabila struktur gen atau kromosom berubah secara spontan. Para saintis genetik telah mengenalpasti 2 jenis mutasi iaitu mutasi gen dan mutasi kromosom.
Mutasi gen berlaku apabila bahan kimia DNA berubah. Perubahan ini akan menyebabkan ciri organisma berubah.
Mutasi kromosom pula berlaku apabila bilangan kromosom berubah. Kita telah mengetahui bahawa manusia mempunyai 46 kromosom. Gamet (sperma atau ovum) pula mempunyai 23 kromosom. Jika mutasi kromosom berlaku, sperma atau ovum mungkin membawa 22 atau 24 kromosom. Anak yang terhasil dari persenyawaan gamet ini akan mempunyai ciri yang amat berbeza dari ibu bapa.
Jadual dibawah adalah perbezaan antara kedua-dua mutasi tersebut.
MUTASI GENMUTASI KROMOSOM
* Bahan kimia dalam gen berubah.
* Cth penyakit :
* Albino (Kulit putih) , Anemia sel sabit (kelihatan pucat), Hemofilia (darah tidak dapat membeku) , Buta warna. 
* Bilangan atau susunan kromosom telah berubah.
* Cth penyakit :
* Sindrom Down (mongolisme) , Sindrom Klinefelter (testis kecil). 



Setakat ini para saintis sungguh berminat untuk mengkaji tentang faktor yang menyebabkan mutasi. Antara faktor yang telah dikenalpasti ialah pengaruh bahan kimia beracun dan sinaran radioaktif. Pada masa yang sama saintis juga menggunakan pengetahuan ini untuk menghasilkan baka organisma baru menggunakan proses "mutasi buatan". Contohnya saintis bidang pertanian telah berjaya menghasilkan jagung yang tahan penyakit. Ini dinamakan "pembiakbakaan". Pembiakbakaan adalah merupakan satu bidang didalam penyelidikan genetik. Negara kita bergiat cergas dalam aktiviti penyelidikan genetik.

5. KEPENTINGAN PENYELIDIKAN GENETIK KEPADA SEMUA

Terdapat 3 faedah penyelidikan genetik.
Pengklonan ialah teknik menghasilkan organisma yang serupa dengan induk. Pengetahuan mengenai pengklonan penting. Kita boleh menghasilkan haiwan ternakan yang mempunyai kualiti yang sama. Kita telah mengetahui tentang akibat buruk mutasi. Dengan adanya penyelidikan genetik, kita boleh mengetahui pelbagai sebab penyakit baka dan seterusnya boleh mengatasinya.
Tahukah anda bahawa terdapat beberapa ubat dihasilkan dari kulat dan bakteria?. Kulat dan bakteria ini telah diubah kandungan gennya supaya bolehmenghasilkan ubat (antibiotik). Dalam bidang pertanian, pembiakbakaan bertujuan menghasilkan baka (tumbuhan atau haiwan) yang baik. Ciri baka yang baik ialah :-
  • tahan penyakit
  • boleh menyesuaikan diri kepada persekitaran
  • mengeluarkan hasil banyak
  • hasil yang lebih enak
  • masa matang yang pendek

6. HIDUP DALAM DUNIA YANG PELBAGAI

Kita hidup dalam persekitaran yang sangat menyeronokkan. Ini adalah kerana kita mempunyai pelbagai kehidupan. Kehidupan yang sama pun mempunyai kepelbagaian. Contohnya manusia mempunyai ciri yang berbeza. Keadaan ini dinamakan variasi (Variation).Sekali lagi....variasi ialah kepelbagaian benda hidupLihat variasi pada bunga raya.
Terdapat 2 jenis variasi iaitu variasi selanjar dan tak selanjar. Variasi selanjar ialah variasi yang tidak menunjukkan perbezaan sifat yang ketara contohnya ketinggian dan berat badan. Variasi tak selanjar pula menunjukkan perbezaan yang sangat ketara contohnya kebolehan menggulung lidah dan rambut kerinting-lurus.
Sekali lagi kita gunakan jadual untuk menunjukkan perbezaan 2 jenis variasi itu :-

VARIASI SELANJARVARIASI TAK SELANJAR
  1. menunjukkan perbezaan yang TIDAK jelas.
  2. contoh : ketinggian, berat badan.
  3. jika ditunjukkan dengan graf bar, barnya TIDAK diasingkan.
  1. menunjukkan perbezaan yang jelas.
  2. contoh : kebolehan menggulung lidah, cap jari.
  3. bar DIASINGKAN



Selain daripada unsur genetik (diperturunkan dari induk), variasi juga disebabkan faktor persekitaran seperti suhu, kelembapan dan kesuburan tanah. Jika 2 klon pokok rambutan ditanam dalam dua tanah yang berbeza, sudah pastilah pokok yang ditanam di tanah yang subur akan menghasilkan buah yang lebih besar.

Selain daripada menyeronokkan, variasi juga mempunyai kepentingan lain. Dengan adanya variasi, kita boleh mengenalpasti organisma. Variasi juga membolehkan manusia membentuk spesis yang baru hasil dari kacukkan. Konsep ini digunakan dengan meluas apabila pelbagai spesis orkid baru dihasilkan dari percantuman variasi orkid. Variasi juga menyebabkan sesetengah organisma menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Dengan ini kita harus bersyukur kerana Tuhan telah menganugerahkan kita variasi organisma. Kita juga harus bersyukur kerana kita sihat dan bebas dari ancaman mutasi. Adanya kesedaran bahawa gen boleh diperturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya, kita sepatutnya menghormati ibu bapa kita.
Sekian selamat berjumpa kembali!!

nota sains tingkatan 4 (bab 2)




1. KOORDINASI BADAN

Koordinasi badan menyelaras aktiviti sistem-sistem dan organ-organ Koordinasi badan terdiri dari koordinasi saraf dan koordinasi kimia. Koordinasi badan penting supaya setiap anggota badan dapat berfungsi secara bersepadu.

2. SISTEM SARAF KITA

Sistem saraf kita berbahagi kepada 2 bahagian iaitu sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi.
SISTEM SARAFKOMPONEN DAN FUNGSINYA
SISTEM SARAF PUSAT1. OTAK - berfungsi sebagai pusat mentafsir maklumat.
2. SARAF TUNJANG - menyambungkan otak dengan saraf periferi dan juga sebagai pusat kawalan tindakan refleks.
SISTEM SARAF PERIFERI1. SARAF KRANIUM - menyambungkan otak dengan anggota di kepala seperti mata.
2. SARAF SPINA - menyambungkan bahagian lain dalam badan dengan saraf tunjang.

Sistem saraf kita terbentuk dari rangkaian neuron-neuron. Neuron ialah sel saraf yang merupakan asas kepada sistem saraf yang berfungsi membawa impuls. Terdapat 3 jenis neuron. Neuron deria, neuron perantaraan dan neuron motor. Fungsi setiap neuron adalah seperti berikut :-
NEURONFUNGSINYA
DERIAMenerima ransangan, menjana impuls dan seterusnya menghantar impuls itu ke neuron perantaraan.
PERANTARAANMenerima impuls dari neuron deria dan menghantarnya ke neuron motor
MOTORMenerima impuls dari neuron perantaraan dan menghantar ke otot untuk gerak balas.

Bahagian-bahagian dalam neuron pula mempunyai fungsi seperti dibawah :-
BAHAGIAN NEURONFUNGSI
BADAN SELBahagian yang menempatkan nukleus dan berfungsi sebagai pusat aktiviti sel
AKSONMembawa impuls keluar dari badan sel
DENDRONMembawa impuls masuk ke dalam badan sel
SALUT MEILINMelindungi akson dan dendron
SINAPSRuang khas diantara neuron-neuron yang membenarkan impuls mengalir dalam satu arah sahaja
RESEPTORStruktur khas pada neuron deria ini menjana impuls apabila ia menerima ransangan
EFEKTORStruktur khas pada neuron motor ini menerima impuls dari sistem saraf pusat dan melakukan gerak balas
Sistem saraf manusia adalah istimewa. Kadang-kadang kita boleh bergerak balas dengan cepat dan otomatik apabila kita menerima ransangan yang mungkin memudaratkan kita. Gerak balas yang berlaku dengan cepat dan tanpa berfikir ini disebut sebagai "tindakan refleks". Tindakan refleks tidak melibatkan otak tetapi pergerakan impuls hanya melalui saraf tunjang sahaja. Contohnya apabila kita tersentuh sterika panas, gerak balas menarik tangan dengan cepat merupakan tindakan refleks. Tindakan ini memastikan badan kita tidak tercedera dengan teruk. Pergerakan impuls(maklumat) semasa tindakan refleks disebut "arka refleks"ialah :

Reseptor-->Neuron deria-->sinaps-->Neuron perantaraan-->Sinaps-->Neuron Motor-->Efektor


Ada sejenis tindakan refleks istimewa iaitu "Sentakan Lutut", arka refleknya TIDAK melibatkan neuron perantaraan.
Selain daripada reseptor biasa yang ditemui pada organ deria kita, para saintis telah mengenal pasti sejenis reseptor pada otot-otot dan tendon yang terlibat dengan pergerakan badan apabila kita melakukan aktiviti tanpa penglihatan. Reseptor ini disebur "reseptor regang". Reseptor regang terlibat secara langsung dalam Deria Kinestesis yang juga berfungsi mengimbangkan badan dan membolehkan seseorang mengkoordinasikan badan dalam keadaan gelap.

3. OTAK KITA

Selain dari neuron-neuron, otak adalah bahagian yang terpenting dalam sistem saraf kita. Otak merupakan pusat kawalan semua aktiviti badan. Mari kita belajar mengenali otak.



Otak terdiri daripada 3 bahagian :-

a. SEREBRUM - mengawal deria dan tindakan terkawal.
b. SEREBELUM - mengawal keseimbangan badan.
c. MEDULA OBLONGATA - mengawal tindakan luar kawal seperti pergerakan jantung.

Tindakan terkawal dikawal oleh serebrum. Contoh tindakan terkawal ialah membaca, menunggang basikal dan menyanyi.

Tindakan luar kawal pula dikawal oleh medula oblongata. contoh tindakan luar kawal ialah degupan jantung, pergerakan usus ["peristalsis"] dan kadar pernafasan.


Otak juga membolehkan kita berupaya menaakul dan berfikir dengan baik. Ini menyebabkan seseorang manusia mempunyai minda. Minda yang baik dipengaruhi oleh faktor pemakanan, penyakit otak dan kecederaan otak semasa kemalangan.

Saintis telah mengenalpasti bahagian-bahagian serebrum yang mengawal aktiviti badan. Contohnya bahagian penghujung belakang serebrum terlibat dengan penglihatan dan tengah atasnya mengawal pergerakan anggota badan.

4. KOORDINASI KIMIA

Bergandingan dengan koordinasi saraf, koordinasi kimia dikawal oleh hormon dan kelenjar endokrin. Hormon adalah bahan kimia dalam badan yang mengawal aktiviti badan. Hormon dihasilkan oleh bahagian badan yang disebut sebagai kelenjar endokrin. Kelenjar endokrin juga digelar "kelenjar tanpa duktus" kerana ia membebaskan hormon terus ke dalam aliran darah kita.

Manusia mempunyai 6 jenis kelenjar endokrin utama iaitu :-

a. Pituitari - terletak dalam otak ia mengawal kelenjar lain serta berfungsi dalam pertumbuhan.
b. Tiroid - terletak di tepi leher ia mengawal metabolisme, perkembangan otak.
c. Adrenal - terletak di atas ginjal ia menolong seseorang menghadapi kecemasan.
d. Pankreas - terletak di pankreas ia mengawal aras gula dalam darah.
e. Ovari (perempuan) - terletak dalam ovari ia mengawal perkembangan seks.
f. Testis (lelaki) - terletak dalam testis ia mengawal perkembangan seks


Jika kuantiti hormon ini tidak seimbang ia akan mencacatkan aktiviti badan. contohnya jika hormon yang dikeluarkan dari pankreas tidak mencukupi, seseorang akan menghidap penyakit kencing manis.

5. PERBANDINGAN KOORDINASI SARAF DAN KOORDINASI KIMIA

Walaupun kedua-dua koordinasi saraf dan koordinasi kimia berfungsi mengkoordinasikan aktiviti badan, namun kita boleh membandingkan dan membezakan kedua-duanya.

KOORDINASI SARAFKOORDINASI KIMIA
Dikawal oleh sistem sarafDikawal oleh sistem endokrin
Maklumat dihantar dalam bentuk IMPULSMaklumat dihantar dalam bentuk HORMON
Gerak balasnya boleh dipercepat atau diperlambatkanGerak balas adalah lambat
Pusat kawalan adalah otak dan saraf tunjangPusat kawalan adalah kelenjar-kelenjar


6. DADAH MENGGANGGU KOORDINASI !!!

Walaupun kita telah dikurniakan dengan badan yang mampu mengkoordinasikan aktivitinya terdapat 2 bahan yang boleh mengganggunya. Bahan itu ialah dadah dan alkohol.

Dadah merupakan bahan kimia yang boleh mengubah fungsi badan. Contoh dadah ialah heroin. Dadah dikenali sebagai "bahan psikoaktif" kerana ia mampu mengubah perlakuan seseorang setelah menyerang sistem saraf kita.

Pengambilan dadah boleh mendatangkan kesan buruk kepada badan kita.

Kesan dadah secara :-

a. Fizikal - mata merah, hidung berair.
b. Mental - gila, tidak boleh menumpukan perhatian.
c. Psikologi - tidak waras, marah-marah.
d. Fisiologi - gerakbalas lambat, imuniti lemah.
e. Sosial - tidak mahu bergaul dan menimbulkan masaalah seperti mencuri dan menghisap gam.
f. Ekonomi - hilang sumber pendapatan dan menghabiskan duit kerajaan.

7. ALKOHOL JUGA MERBAHAYA !!

Alkohol menjejaskan fungsi otak dan koordinasi badan. Keadaan ini mengakibatkan peningkatan kadar kemalangan serta masaalah rumah tangga. Pengambilan alkohol juga boleh mencacatkan bayi dalam kandungan.

8. JAGALAH BADAN ANDA

Setelah mempelajari koordinasi badan, kita seharusnya menghargai fungsi koordinasi saraf dan koordinasi kimia. Dengan adanya kedua-dua koordinasi ini badan kita boleh melakukan aktiviti dengan sempurna. Penjagaan kesihatan mental juga penting supaya kita hidup dalam harmoni dan bahagia. Kita hendaklah menjauhkan diri dari gejala penyalahgunaan dadah serta ketagihan alkohol.